Monday, January 31, 2011

Ayam Masak Kalio

Salam dari mummy untuk teman2 yang melawat blog mummy pagi ni.. mummy doakan agar kita semua dapat nikmat rezeki yg halal dan sihat sepanjang hayat..Amin..

Ok jom kita layan resepi Ayam Kalio yang mummy dapat dari abang ipar yg terrel memasak Izadin Tendot.. Memang sedap resepi ni, nak kata macam kari tak gak,masak lemak merah pun tak gak.. ish tak tau la nak kata... cuba aar sendiri



Bahan yang diperlukan

1 ekor ayam
1 biji bawang besar di potong bulat
2 biji bawang putih ditumbuk kasar
Halia 1/2 inci
lengkuas 1/2 halia
2 btg serai titik
4 atau 5 sudu cili kisar
1 kg santan
ujung sudu teh serbuk kunyit
beberapa helai daun limau purut dan daun kunyit
Minyak unt menumis

Cara2 nyer

1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar
2.Garing masukkan santan, lada kisar, halia,lengkuas dan serai serta serbuk kunyit.
3.Dah agak panas masukkan ayam..tutup untuk kasi ayam empuk.
4.Bila dah masak masukkan garam, daun limau purut daun kunyit dan ikut sedap tekak masing ye...

* kalau nak pedas masukkan cikit cili padi... tapi nyonya tak tahan pedas sbb tu lada pun tak banyak.. yang penting sendiri adjust untuk kasi sedap.


Senang kan.... cuba jangan tak cuba...Kalau ada yg tak clear inform mummy ye.. mummy sedia menjawab

Sunday, January 30, 2011

cheese tart

dalam sibuk buat cuppies ada lak terselit order cheese tart yang memang terkenal dengan kebolehan melelehkan air liur org yang memandang... buat 50 untuk customer, lum sempat nak anta lagi 50 balance kat umah dah lichin kena sapu dek 5 org hero.. huhu tak pe la nak mummy wat pun unt korang nak.. makan makan..jangan pandang pandang jek..


Order oleh nyonya kedai runcit tak jauh dari umah hehehe..ada sesiapa mau....meh meh datang umah

cuppies

Salam berhujung minggu unt semua. Hari ni tak sempat lagi nak mengedit resepi sibuk buat cuppies tempahan dari kawan lama abang.. Rosdin Hj Abd Kahar dan kawan baru puan fazi... buat chocolate moist,oren dan red velvet..


lagi gambar...


dan lagi... dan lagi



Sekian terima kasih....pada yang sudi mengoder ye....

Thursday, January 27, 2011

Chocolate Box

Ni ialah antara sample2 chocolate yang sangat sesuai untuk dibuat hantaran, door gift bgi apa2 juga jenis majlis.. yang ni nama dia chocolate box leh isi cincin ke, gegula ke cekelat ke atau apa2 yang mak bapak dia suka le hehehe..Surprise!!!!!!


OREO CHOCOLATE

Yang kat bawah ni pulak Oreo Choc... nape nama dia ada oreo? Sebab kat dalam dia ada seketul biskut oreo.. Nyum nyum nyum... lebih sedap dari yang kat KLIA.. Kena percaya tau sbb kita tak tipu...ada macam2 design sekarang ni, so nanti pilih je klu nak rasa.Meh tengok


Kalau nak letak muka sendiri pun boleh, email jek kat mummy ye foto muka sendiri atau sesiapa yg kita nak raikan.. mesti pasan lawa je bila dah siap..huhu

LOLLICHOC

Bukan lollipop sebab ianya bukan gegula, menggunakan 100% Chocolate sesuai sebagai door gift dan hantaran kedalam mulut...


CHOCOLATE PRALINE

Ok yang ni sesangat la femes nyer.. Dalam chocolate ni boleh isi apa2 je yg kita suka..blueberry,strawberry, beri2 (yg sewaktu dengan nyer), durian,oren,candy kelapa, caramel dan apa juga jenis kekacang...U just name it, i'll do it.. cewah


So... kalau ngidam nak makan coklat... tak yah tunggu majlis aper2... call Mummy ye....

chocolate class

Alhamdulillah..... setelah lama berangan nak join kelas chocolate dengan sifu baru hari ni Allah swt izin kan.....Huh seronok bukan main, dapat tambah lagi network dlm bidang baking membaking ni. Respect pada cikgu Ummul Amira walaupun sarat tetap sabar menunjuk ajar makcik2 ni...hehehe jangan marah ye kakak2 dan adik2 yang join kelas tadi...
Inilah diantara kawan2 baru dan muka2 baru dalam hidup yg mabuk dlm kelas (geram sngt dengan hasil kerastangan masing2)hehehehe..


Hasil dari usaha gigih dan kerjasama erat antara pelajar telah diagih2kan dgn saksama tanpa sedikit pun kurang timbangan nyer... So pas ni dah leh buat la chocolate... Meh meh order.. Tarak mahal punya...

Tuesday, January 25, 2011

Resepi Mee Hailam

Salam teman2 semua...hari ni terasa plak nak mam selain dari nasi. Tapi perut ni kan dah terbiasa dengan nasi, pas mam mee ni masih lapo nasi..huhu terpaksa la tahan, bukan apa takowt terlebih kalori pulak.. kang tak pasal2 kena ikat perut 2 3 hari..nak jogging punya la liat nyer, poco2 tak de lak org nak kawan kan.. huh kalau macam ni la punya alasan jawabnyer tak jadi la program nak awet mudo kan...hehehe

Tak pe janji pandai kawal kuantity kalori yang diambil sehari2 insyallah makanan tu akan di gunakan sepenuh nyer unt tenaga..

Ok sekarang kita tengok ye resepi Mee Hailam ni :


Bahan-bahan(5 - 6 orang)

1. Daging ~ 300 gm hiris nipis
2. Sedikit dada ayam, udang dan sotong (ikut hati)
3. Sayur ~ Sawi, carrot dan kubis bunga ( pun ikut hati)
4. Bawang putih ~ 3 biji (tumbuk halus)
5. Halia ~ sebesar ibu jari (tumbuk halus)
6. Lada merah ~ 2 biji (klu letak lada benggala lagi sedap)
7. Sedikit lada sulah
8. Kicap lemak ~ 1 sudu makan
9. Sos tiram ~ 1 sudu makan
10. Tepung jagung ~ 1 sudu makan membumbung
11. Air ~ 500 ml
12. Tomato ~ 2 biji (belah 4)
13. Minyak untuk menumis

Untuk hiasan : daun bawang, daun sup dan bawang goreng...

Cara-cara
1. Rebuskan daging dan ambil air nye untuk dibuat stok (masukkan halia)
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih bila dah kekuningan masukan daging, ayam,udang dan last sekali sotong.
3. Goreng 2 ke 3 minit kemudian masukkan stok daging ,sos tiram dan kicap.
4. Mendidih baru masukkan sayur2an, biarkan dalam 5 minit jangan sampai terlalu layu.
5. Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung.. tambah kan air ikut kesesuaian.
6. Rasa ikut sedap tekak ye.. nak tambah kiub ayam ke garam ke bagi yang kuat masin atau kalau ada minyak bijan pun sedap.
7. Kalau nak pedas boleh pilih nak tambah cili padi atau lada hitam yang ditumbuk ( saya suka lada hitam)
8. Nak makan baru masukan mee yang dah dicelur..

Cara-cara nak makan ikut suko yo makcik hehehe... selamat menjamu selero

fondant cuppy

Cuppy yang ditempah oleh Intan dari De Wajah Salon untuk birthday nyer yang ke entah dia tak gtau..huhuhu. Mula2 nak yang seksi2 dan materealistik tapi bila ditunjukkan apa yang ada dalam kepala hehe terus intan malu nak tengok lantas dia berkata.." Tak pe la kak yang kurang seksa je lah, nanti anak bujang saya tak jadi nak makan asik tengok je"


It's ok intan..so akak wat kan yang sweet2 je ye... sedap mata memandang.. Anyway tq ye intan, Happy Birthday..

Monday, January 24, 2011

wilton kek

Kek2 yang ada dalam galleri ni adalah kek yang di ajar dalam Course 1 di wilton..cantik kah?

Topsy Turvey

Dah lama geram dengan design kek ni...tgk macam tak stabil je...tapi geram punya pasal try buat gak...belajar dri video, untuk kek yang macam ni perlukan 2 biji kek saiz 9 dan 2 biji kek saiz 6.. huhuhu .. bepoloh eden nak menyusun kek ni supaya tak comot dan kuat. Alhamdulillah jadi gak pada pandangan mata sendiri....(naik lift) hehehe. boleh order dan kalau nak belajar pun dah boleh dah....



Kat dalam gamba ni ada gamba tuan tanah nyer sekali... sempena birthday Syuhada Abdull yang ke 27.. Happy birthday kak Adda, Panjang umur murah rezeki dan cepat dapat baby.. Amin

Sunday, January 23, 2011

Puteri Ayu yang mulus

Ermm... petang2 ni teringin lak makan kuih yang dah lama sangat tak di buat... Puteri Ayu..teringat dolu2 1st time makan hasil air tangan jiran yang memang pakar dalam masakan kak melor atau Puan Jah Shahrom. Selak punya selak buku resepi lama terjumpa lah... maka ini lah hasil nyer.... cantik kan?



Bahan2
1. 260 gm t.gandum
2. 1 sdt ovalette ( membumbung .. jangan lokek nak kasi banyak )
3. 240 ml santan
4. 1 sdm jus pandan ( saya guna kan 1 sdt pes pandan )
5. 4 biji telur ayam
6. 240 gm gula halus
7. 1 sdt baking powder

Kelapa putih dicampur sedikit garam dan 1 sdm tepung ubi

Cara-cara nyer:
1.Panaskan kukus.
2.Pukul telur,gula dan ovalette sehingga betul2 kembang
3.Masukkan tepung gandum dan santan
4.Pukul lagi dengan low speed sehingga sebati
5.Sapukan sedikit minyak pada acuan.
6.Ambil sedikit kelapa dan penyek2 kan dalam acuan sampai padat
7.Bahagi2 kepada warna yang dikehendaki dan masukkan dalam acuan
8.Kukus dalam masa 5 minit

Dah siap... cuba lah ye.. nanti boleh la bagi komen jadi ke tak..

Sunday, January 9, 2011

Fondant untuk bertunang

Promoter terhebat tahun lepas kak ngah buat surpeise unt kawan naik nyer. Suka sangat kaler kek ni sweet jek mata memandang.. huhu. dalam kek ni lapis stawberry sbb atas permintaan cik punya badan.. so kena buat 2 size yang tapak n yg tinggi tu.. apa pun tq kak ngah sebab rajin promote kan

love chocolate moist

Khas untuk kekasih.... order dari seorg jejaka untuk gadis idaman nye..dan nak bawak balik perak kata nyer

Saturday, January 8, 2011

chocolate moist

terima kasih lina dan fatin.... kek panjang ni order dari lina unt puteri nyer Fatin yang comey sangat menyambut birthday yg ke 5 bulan nov aritu.. baru skrg nak update huhu

cookies

antara sample cookies dan kek pengantin yang boleh didapati di duniarasacake

clown


Salam, lama dah tak update blog ni... harap2 ada kawan yang masih sudi melawat blog ni ye.. okay ni adalah antara cc yg telah ditempah oleh jiran yang dah tak ingat bila tarikh nyer.. comey gak clown ni kan