Tuesday, February 15, 2011

Sambal Goreng Jawa

Salam buat teman2 tersayang dan yg sudi melawat blog mummy.. Kali ni mummy nak share sambal goreng jawa yg mmg terkenal kat tempat asal mummy iaitu Batu Pahat tercinta yg terletak di dalam negeri Johor Darul Takzim. Ada banyak versi sambal goreng ni.. ada yg letak kicap, sos tiram ikut la tekak masing2, tapi mummy nak berkongsi versi mummy ni sebab jarang mummy jumpa sambal goreng yg gunakan belacan..

Pengetahuan (Bagi yg jarang jumpa).. sambal goreng ni selalunyer adalah salah satu menu dalam hidangan nasi ambeng atau sego ambeng kate org Jawa...


Perghhhh.. memang sedap mummy cakap... dalam tu ada nasi letak sikit serunding, mee goreng, ayam masak kicap,iwak gereh (ikan kering) dan tak lupa sambal goreng.. dulu memang susah nak jumpa org jual tapi laa ni dah ramai peniaga yg menjual nasi ambeng ni kat pasar2 malam..
Sambal goreng ni tak semesti nyer dimakan dgn nasi ambeng je.. klu dah tak de lauk lain bedal je le hehehe tak payah tunggu lauk lain kalau dah lapooo....




Meh kita tgk resepi nyer ...

Bahan-bahan

Yg ni dikisar
1. 2 ulas bwng putih
2. 5 ulas bwng kecik
3. 1/2 inci halia
4. secekut ikan bilis
5. 10 tngkai lada kering ( atau 3 sudu yg dah siap dikisar)
6. 1 btg serai

bahan lain

7. 1 kpng tauhu potong dan di goreng
8. 1 biji kentang (sederhana) potong nipis dan goreng
9. 200 gm udang ( boleh ganti dgn kupang atau hati ayam)
10. 1 pkt so'on
11. 1 kpng fucuk
12. 1 biji bawang besar dihiris
13. 2 biji lada hidup ( hijau dan merah)
14. sikit gula merah dan garam
15. santan dalam 5 sudu makan digaul dgn sedikit belacan
16. 6 atau 7 btg kacang panjang dihiris nipis2

Cara- cara nyer

1. Rendam so'on dan fucuk dan dipotong kasar. Bersihkan udang dan dibuang kulit
2. Panaskan minyak bila dah pijar tumis bawang besar hingga layu
3. masukkan bahan kisar tumis sampai garing
4. Kacang panjang dimasukan awal kemudian baru bahan yg dibawah
5. masukkan udang,lada hiris dan tauhu, biarkan sekejap
6. masukkan so'on dan fucuk serta santan berbelacan tadi..kat sini kena pandai adjust jgn lebih sgt rasa belacan tu..jgn lupa garam dan gula merah
7. akhir sekali masukkan kentang..
8. angkat dan hidangkan

Sambal goreng ni jangan terlalu basah atau terlalu kering... bak kata mak mummy mbal-mbal je.. bahasa org johor..

Cuba lah ye....

No comments:

Post a Comment