Friday, February 25, 2011

Doraemon

Pagi Jumaat ni kena anta kek Doraemon yg diorder oleh kawan kat Hirose Shah Alam.. Puan hayati.. Tie tq eh... nnti klu dah ada gamba dengan lilin sebatang yg beso tu tag la mummy kat fb.. Selalunyer customer nak lilin kecik2 ... ni lain lak pemintaan nyer sebatang candle yg digunakan unt dinner.. sib dapat cari kat yummi.. cuma terlupa je nak amik gamba lilin tu..


Tima kasih daun keladi.. klu ada b'day order la lagi ye...

Thursday, February 24, 2011

kek chocolate moist

Hai teman2 semua... lama dah mummy tak update blog... tau kenapa?... sebab kabel kamera hilang dari pandangan beberapa hari ni... ish geram nyer bukan main lagi... siap main pandai main sorok2 lak dia ni.. hehehe .. cari punya cari rupa nyer terselit kat celah2 handbag2 mummy yg tak berapa nak banyak tu..Adoyaiii... ni msti kerja si kecik tu... tanya cakap tak tau.

Ok mmummy nak tunjukkan kek yg mummy buat pada 15/2 aritu.. tempahan dari kawan blogger aka kawan masa belajar di ITM dulu iaitu cik Seri dari http://duniasangsuri.blogspot.com unt kwn baik nyer dari htt://solomum.blogspot.com .. Tima kasih yr cik seri kerana sudi tempah.. tapi mummy buat silap besar sbb letak NZ pada nama tu sedangkan cik seri nak NY... apa la mata mummy ni, sib baik dia tak marah.. sorri bebanyak ye cik seri n cik solomum...Tanda2 awal tu yg mummy ni dah makin tambah usia.. Tak de makne nyer kata cik seri hehehee... ampun buk..

Ni dia gamba kek nyer..

Tuesday, February 15, 2011

Sambal Goreng Jawa

Salam buat teman2 tersayang dan yg sudi melawat blog mummy.. Kali ni mummy nak share sambal goreng jawa yg mmg terkenal kat tempat asal mummy iaitu Batu Pahat tercinta yg terletak di dalam negeri Johor Darul Takzim. Ada banyak versi sambal goreng ni.. ada yg letak kicap, sos tiram ikut la tekak masing2, tapi mummy nak berkongsi versi mummy ni sebab jarang mummy jumpa sambal goreng yg gunakan belacan..

Pengetahuan (Bagi yg jarang jumpa).. sambal goreng ni selalunyer adalah salah satu menu dalam hidangan nasi ambeng atau sego ambeng kate org Jawa...


Perghhhh.. memang sedap mummy cakap... dalam tu ada nasi letak sikit serunding, mee goreng, ayam masak kicap,iwak gereh (ikan kering) dan tak lupa sambal goreng.. dulu memang susah nak jumpa org jual tapi laa ni dah ramai peniaga yg menjual nasi ambeng ni kat pasar2 malam..
Sambal goreng ni tak semesti nyer dimakan dgn nasi ambeng je.. klu dah tak de lauk lain bedal je le hehehe tak payah tunggu lauk lain kalau dah lapooo....




Meh kita tgk resepi nyer ...

Bahan-bahan

Yg ni dikisar
1. 2 ulas bwng putih
2. 5 ulas bwng kecik
3. 1/2 inci halia
4. secekut ikan bilis
5. 10 tngkai lada kering ( atau 3 sudu yg dah siap dikisar)
6. 1 btg serai

bahan lain

7. 1 kpng tauhu potong dan di goreng
8. 1 biji kentang (sederhana) potong nipis dan goreng
9. 200 gm udang ( boleh ganti dgn kupang atau hati ayam)
10. 1 pkt so'on
11. 1 kpng fucuk
12. 1 biji bawang besar dihiris
13. 2 biji lada hidup ( hijau dan merah)
14. sikit gula merah dan garam
15. santan dalam 5 sudu makan digaul dgn sedikit belacan
16. 6 atau 7 btg kacang panjang dihiris nipis2

Cara- cara nyer

1. Rendam so'on dan fucuk dan dipotong kasar. Bersihkan udang dan dibuang kulit
2. Panaskan minyak bila dah pijar tumis bawang besar hingga layu
3. masukkan bahan kisar tumis sampai garing
4. Kacang panjang dimasukan awal kemudian baru bahan yg dibawah
5. masukkan udang,lada hiris dan tauhu, biarkan sekejap
6. masukkan so'on dan fucuk serta santan berbelacan tadi..kat sini kena pandai adjust jgn lebih sgt rasa belacan tu..jgn lupa garam dan gula merah
7. akhir sekali masukkan kentang..
8. angkat dan hidangkan

Sambal goreng ni jangan terlalu basah atau terlalu kering... bak kata mak mummy mbal-mbal je.. bahasa org johor..

Cuba lah ye....

Friday, February 11, 2011

Resepi Udang Lomak Cili Api Melaka Style

Salam pada kengkawan semua.... arini masak simple je udang lemak cili api lawan dengan ikan terubuk masin Sarawak... memang meletup mak..... aduh punya la sedap nyer.. anak2 mummy klu lauk ni msti bertambah2 ( eeiii bukan nak promote mummy masak sedap hehe ). Ikut step by step insyallah mak mentua lalu mesti nak join sekali..



Bahan-bahan

1. 500 gm udang
2. 300 gm santan pekat ( ikut suka nak pekat cmne)
3. Kunyit hidup 1 1/2 inci ( atau sebesar ibu jari)
4. Cili padi kampung yg hijau tu dalam 15 biji ( klu nak meletop letak lebih)
5. 2 keping asam gelugor
6. sehelai daun kunyit besar tapak tangan disiat-siat

Itu je...

Cara nak masak

1. Bersihkan udang (misai,janggut, kaki dan klu boleh buang kepala.. nnti lebih kolestrol).
2. Tumbuk kunyit sampai lumat dan baru tumbukkan cili padi bersama2.
3. Panaskan dengan 1 bahagian santan dan udang. Jangan lupa sentiasa kacau. Santan tu bahagi 2.
4. Bila mendidih baru masukkan asam keping dan garam serta daun kunyit.
5. Last sekali baru masuk kan sebahagian lagi santan yg tinggal. Agak2 dah membuak sekali terus tutup api.

Untuk santan ni mummy tak pakai kelapa parut sebab leceh.. gi kedai terus beli santan yg dah siap diperah, lagi sedap sbb betul2 pekat. Klu nak guna santan kotak pun boleh tapi agak kureng la rasa dia..

Ok untuk Ikan Masin Terubuk tu plak klu nak best makan sampai meleleh peluh jantan kat dahi senang je. Basuh ikan masin tu bersih2 jangan buang sisik goreng dgn api yg kuat sampai gareng dan sisik ikan tu boleh dimakan, pastu potong dadu sikit bawang besar dan racik cili api. Goreng bawang sampai gareng dan pastu masukkan cili api.Dah naik bau baru la angkat dan tabur atas ikan masin tadi, jangan lupa perah limau kasturi atas dia.. huhu meleleh ayaq liuq.....

Ok Mummy ucapkan selamat mencuba ye....salam sayang

Puding Kaya bangkok


Haa lama dah tak kongsi resepi kat sini.. Arini terjumpa kat buku resepi lama puding ni, penah buat dulu masa mula2 dapat anak sulong..teringat selalu kat puding ni sbb mmg sedap rasa dia.. halus kek bercampur lemak2 santan dan sejuk2 lengkong.. eerrrmm mmg sedap..

Ok ni bahan-bahan yg diperlukan :

Bahan A

1. 1 1/2 sudu teh serbuk agar2 tanpa warna dan perasa
2. 70 gram gula (boleh kurangkan)
3. 300 ml air
4. 1/2 sudu teh chocolate emulco atau capucinno paste ( tpi yg paling sedap choc emulco)

Cara :

Didihkan atas api dan tuang dalam acuan.
Tips : klu nak mudah keluarkan nanti basahkan acuan dengan air dan tak payah lap

Bahan B

1. 2 sudu teh serbuk agar2 tanpa warna dan perasa
2. 100 gram gula
3. 150 ml susu cair
4. 150 ml air
5. 100 ml santan pekat (guna yg dlm kotak) dan campurkan dgn 1 sudu mkn tepung jagung

Cara :

Didihkan bahan 1 hingga 4 hingga didih dan kemudian campurkan bahan no 5.
Kemudian masukan dalam loyang yg dah ada bahan A tadi, pastikan bahan A tdi dah half set tapi klu dah terkeras gariskan dgn garfu sikit ye..

Bahan C

1. 3 biji telur sejuk
2. 2 biji kuning telur sejuk gak
3. 90 gram gula
4. 60 gram tepung gandum (serba guna)
5. 30 gram tpg jagung
6. 30 ml air sejuk ( yg bru dikeluarkan dari chiller)
7. 1/2 sudu makan ovalette
8. 60 gram butter cair

Cara :

Panaskan oven pada suhu 200 C. Pukul semua bahan kecuali no 8. menggunakan high speed sampai putih dan gebu. Dah kembang baru masukkan butter cair dan kacau sekejap guna speed yg paling slow.Gunakan loyang saiz 10" x 10 " x 1" dan bakar lebih kurang 15 minit. Dah masak potong ikut acuan agar2 tadi dah letakkan pada lapisan kedua sementara campuran tadi half set ye.....

Cuba la sbb mmg sedap.. klu malas order jek ngan mummy tau...

Tuesday, February 8, 2011

Chocolate Moist Ball



Kek bola.... ingat kan senang nak wat bentuk bola tu.. iye la amatur mcm mummy kan agak keras gak tangan nak bentukkan bola tu.. Mula2 nak buat theme Arsenal tapi sebab tak cukup bahan nak buat soo buat la apa2 yg termampu...order pun masuk lagi 4 jam nak dipotong..tq pada anak buah Hani,Adda,Amer, K.long dan pengantin nyer en shaari kerana sudi dtg umah sekali gus sambut birthday kat umah mummy.... Jemput dtg lagi ye

Thursday, February 3, 2011

carrot cake

lagi order dari kak sue bkt jelutong.... tq ye kak... nak gak carrot cake unt makan2 dan jugak tak lupa favourite sefamily ..blueberry cheese tart, cheese tart tak yah la masukkan ye sbb dah selalu tgk itu gak la upa dia tak leh nak tambah deco...


Thanks sekali lagi ...

fondant carrot cake

salam buat teman2...bagi penggemar red n white boleh la cuci mata kat sini.. dalam kek ni adalah carrot cake, order dari kak sue dari bukit jelutong untuk hantaran pertunangan adik nyer pd jumaat ni.. tq ye kak sue... mudah2an murah lagi rezeki kak sue dan saya jugak... ni dia foto2 cake yg dibuat siang tadi...

Tuesday, February 1, 2011

Kerabu mangga


Hehehe tak smpt nak edit gamba kasi korang leleh tgk kerabu mangga ni... Walau pun rupa mu tak bape cantik tapi rasa mu .... mabeles sepupu mummy cakap.. smlm sepupu mummy datang dari Batu Pahat nak tgk cucu tercinta Farah Adlina yg duduk kat Jln Kebun.. mak tok tak leh tahan rindu ngan cucu so selalu la dtg jenguk.. ni dia budak tembam tu


Ok ni dia bahan2 yang kena ada bru leh buat

Bahan dan bahan

1. 1 biji mangga muda saiz sederhana
2. 1 btg serai dimayang
3. 1 biji bwng besar sagat atau hiris halus
4. cili padi ikut suka nak pedas mcmana
5. udang kering segenggam, bersihkan dan tumbuk halus
6. kacang tanah di sanggai dan tumbuk sederhana kasar
7. 3 ke 4 sudu makan air limau
8. garam dan gula secukup rasa

Cara dan cara

1. bersihkan mangga buang kulit dan disagat batang mancis
2. masukkan dalam bekas dan dicampurkan dengan bawang,serai dan udang kering
3. kemudian baru lah dimasukkan garam,gula dan air limau...
4. bila nak hidang baru taburkan kacang

Tarraaaaa... dah siap... senang kan

red velvet cake

Order dari Rosdin Kahar unt bufday daddy dia yg ke 80 tahun... Alhamdulullah semoga pakcik hj abd kahar diberkati umur nyerr... Amin..


dan kek ni teman berteman dgn dgn kek2 kecik ni...


layanzzz